Sunday, 7 October 2012

Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:


1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
3. PEKERJA AWAM


 Closing Date : 22 Oktober 2012 
Location : KUALA LUMPUR

Untuk Membesarkan Imej, Sila Klik Kanan Mouse Anda Pada Maklumat Kekosongan Jawatan dan Klik Open Link In New Tab. Selepas Keluar New Tab.. Klik Sekali Lagi Pada Iklan Berkaitan Untuk Imej Yang Lebih Jelas.